Make Up Entry #5: Nilaian Cinta
Thursday, July 8, 2010
Cinta. Suatu bentuk emosi yang meluncurkan laju adrenalin dan membuatkan endorfin memancut ke bumbung. Iya, magisnya cinta. Saya bukanlah orang yang paling tepat untuk bicara pasal cinta kerana saya bukanlah pencinta teragung. Tapi adakah wujudnya pencinta teragung? Bagi saya, cinta ibarat air minuman. Ada yang sukakan yang tawar, ada suka yang manis, ada suka yang pahit, ada suka yang masam, ada suka yang kotor, ada suka yang bersih dan ada suka yang kosong. Semua orang boleh bicara pasal cinta, kerana cinta adalah hak setiap orang...adapun dia dicintai, mencintai atau tidak mencintai dan tidak dicintai. Bagi saya, istilah pencinta teragung adalah bullshit. Bagaimana cinta kamu lebih agung dari cinta aku? Apa ukurannya? Apa nilaiannya?
Cinta adalah satu perkara subjektif yang membawa perdebatan tidak putus-putus berkenaan apakah cinta paling agung itu muncul. Sekalipun ada beberapa "cerdik pandai" mengatakan cinta kepada Tuhan itu yang teragung tetapi adakah Tuhan mu dan Tuhan ku mengatakan begitu? Adakah Tuhanmu itu mencintaimu lebih dari Dia mencintaiku? Dan adakah Tuhanku itu mencintaiku lebih dari Dia mencintaimu? Kompleks dan celaru.
Adapun pabila bicara soal nilaian cinta sesama insan; merujuk kepada pasangan berkasihan. Mungkin sedikit petunjuk kepada ini dapat memberikan kepada kamu-kamu adakah benar apa yang kamu rasai itu adalah cinta:
1) Hatimu berdebar berjumpa dengannya
2) Dia yang buatmu tersenyum juga buatkan dirimu menangis
3) Dia yang tanpa bercakap pun sudah dapat selami hatimu
4) Kamu berasa selesa dengannya
dan yang paling terutamanya
5) Kamu merasa belas dan kasih pada dirinya sekalipun dia berada di dalam keadaan terburuk dirinya
seperti begini mungkin.......
atau begini selepas "beberapa tahun"......
atau begini selepas "beberapa tahun" lagi......
6) Atau sekiranya kamu masih boleh menciumnya dan berasa kasih padanya selepas rambutnya mengerbang seperti pontianak dan mulutnya berbau seperti.....nevermind.
Jika iya, mungkin benar kamu cintakan dia. Ha ha.

Labels:
Girls Talk,
motivation,
Random
(Sib baik dia kata endorfin yg memancut ke bumbung.. huhu)
Love is a start of a relationship. but love alone can not make a relationship last. It will take commitment, good communication and a lot of patience to maintain that 'love' ;)
yes. have to agree. love is just love but not enough to glue everything if one couldn't tolerate, communicate and commit to the relationship. after a while, love could fade every now and then.
Post a Comment